BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, April 25, 2011

::Bicara Jiwa::

Mungkin Tuhan menginginkan
kita bertemu dan bercinta dengan orang
yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti
bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu.


Jangan melarikan diri dari 'cinta' apabila ia berada di hadapan
kamu. Jangan melarikan diri daripadanya kerana suatu hari nanti, kamu pasti akan teringatkannya kembali dan menyesali perbuatan kamu itu.

Cintabukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta
bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan.
Cintabukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat -Hamka

Sungguh menyakitkanmencintai seseorangyang tidak mencintaimu,
tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.



Seandainya kamu ingin mencintai atau memiliki hati seorang gadis,
ibaratkanlah seperti menyunting sekuntum mawar merah. Kadangkala kamu mencium harum mawar tersebut tetapi kadangkala kamu terasa bisa duri mawar itu menusuk jari.

Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang
sangat bererti bagimu. Hanya untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tidak
bererti dan kamu harus membiarkannya pergi.

Kamu tahu bahwa kamu sangat merindukan seseorang, ketika kamu memikirkannya hatimu hancurberkeping.

Dan hanya de ngan mendengar kata "Hai" darinya, dapat menyatukan kembali kepingan hati tersebut.

Kaum lelaki sering mempersoalkan kelemahan wanita kerana sering mengalirkan airmata. Tetapi, segagah-gagah dan perwiranya lelaki, sedarlah bahawa suatu hari nanti mereka juga akan mengalirkan airmata syahdu kerana satu perkara kecil iaitu kerana
CINTA. Alangkah misterinya cinta seorang wanita yg dianggap lemah sehingga boleh mengalirkan airmata seorang wira! Aneh, tetapi itulah
hakikatnya.

Tuhan ciptakan 100 bahagian kasih sayang. 99 disimpan disisinya dan hanya 1 bahagian diturunkan ke dunia. Dengan kasih sayang yang satu bahagian itulah, makhluk saling berkasih sayang sehingga kuda mengangkat kakinya kerana takut anaknya terpijak.

Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai
kamu sepenuh hati, sehinggalah kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna sesalan kerana perginya tanpa berpatah lagi.


Jangan kerana cinta, kita gugur dari perjuangan, dan jangan kerana
cinta juga, prinsip kita menjadi larut dan cair. Cinta tidak semestinya akan berakhir dengan perkahwinan dan perkahwinan juga tidak semestinya akan menoktahkan titik akhir kepada
percintaan. Kesetiaan akan mengikat cinta, kecurangan akan meranapkan segala kemanisan
cinta. Sesebuah perkahwinan akan menjadi indah jika cinta terus bersama.

Cinta sejati ialah kasih Tuhan kepada hambaNya. Kasih murni ialah kasih ibu bapa kepada anaknya. Kasih saudara masa berada. Kasih sahabat masa binasa. Kasih suami isteri sepenanggungan. Kasih orang menaruh harapan.

Jangan mencintai seseorang seperti bunga, kerana bunga mati kala musim
berganti. Cintailah mereka seperti sungai, kerana sungai mengalir selamanya.

Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia
sebelumnya. Kisah silam tidak perlu diungkit lagi kiranya kamu benar
menyintainya setulus hati.

:::Ketika Hati Menangis::

Tuhanku,
ketika hati sedang menangis
hanya Engkau saja yang tahu
betapa merananya diriku
tak mungkin yang lain tahu….

Tuhanku,
ketika mereka meninggalkan aku
sendiri terkapai-kapai
ketika dunia tiada simpati
Kau tetap mendengar rintihanku
padaMu tempatku menagih kasih
ketenangan kurasa mendekatiMu
syahdu malam tak terasa sunyi..

Tuhanku,
ketika aku dalam kepayahan
keseorangan dihimpit beban derita
Kau beri aku kesabaran
pengalaman mengajar erti kematangan
lantas Kau membuka pintu hatiku
untuk memberi kemaafan
pada mereka yang pernah melukakanku..
pada mereka yang terus melukakanku…
dan pada mereka yang tersedar kerna melukakan…

Tuhanku,
ketika aku buntu
keliru dengan masa depanku
kau berikan aku kekuatan
Kau tunjukkan aku jalan
peluang kedua yang sungguh bermakna
sebagai suluh hidupku
menebus usia yang sia-sia
mengganti semalam yang pergi
memperbaiki kelemahan diri
mempelajari pengajaran dari kesilapan
menimbus kekecewaan dan dendam

Moga tiada lagi aku
bercita-cita lemas di laut
atau terlanjur menelan berlebihan pil
sungguh pelik bunyinya tetapi benar
hanya Kau saja yang mengerti
hatiku terseksa sekian lama
kini akhirnya bangkit semula
melupakan episod terakhir
dan menyambut lembaran baru…

Tuhanku Yang Maha Pengasih
rahmatMu tak terkira
syukurku melangit pun tak tercapai
sungguh aku rasa berdosa
kerana dulu sering terlalai
semoga penyesalanku kau terima…

Nukilan:
(Allahyarhamah) Anna Abadi

:::Jinakkan jiwa anak dengan nur al-Quran :::

Dalam situasi semasa kita sedia maklum banyak gejala sosial negatif melanda generasi muda khususnya remaja.

Jadi, sebagai ibu bapa aspek pendidikan untuk anak-anak seharusnya menjadi keutamaan yang tidak boleh diabaikan sama sekali.

Ibu bapa perlu lebih prihatin terhadap segala tingkah laku dan gerak-geri anak-anak mereka.

Pada tahap usia muda anak-anak sudah mula mengenal dunia luas yang dipenuhi dengan pelbagai cabaran. Pengabaian dalam mengambil tahu gerak-geri anak-anak boleh mengakibatkan mereka menjadi tidak terkawal dan bergaul bebas.

Selain itu, kita sebagai ibu bapa seharusnya juga mencuba sedaya boleh meluangkan masa berkualiti untuk bersama anak-anak. Cubalah wujudkan majlis ilmu bagi membincangkan bersama anak mengenai sirah Nabi s.a.w dan perjalanan sejarah Islam.

Insya-Allah dengan pendekatan dan metodologi seperti ini jiwa anak remaja kita akan terisi dengan roh Islam yang mantap.

Wujudkan pengajian al-Quran bersama anak-anak dan sentiasalah mengajak mereka mencintai kitab suci itu.

Inilah strategi dalam mengukuhkan kekuatan iman dan takwa dalam diri anak remaja.

Remaja yang mematuhi segala perintah syarak akan mewujudkan realiti kehidupan yang sempurna. Allah menegaskan mengenai pentingnya kehidupan ini dipaut pada al-Quran. Allah berfirman: "Sesungguhnya al-Quran itu membimbing kita ke jalan yang lurus (benar)." (Surah Al-Isra' ayat 9)

Remaja yang rajin membaca ayat-ayat Allah dalam al-Quran dan sentiasa merenung isi maknanya, sudah tentu akan mampu menghidup dan menjernihkan hatinya.

Kata Saidina Ali: "Hati yang hidup adalah hati yang subur dan bersedia untuk mendengar, melihat dan menerima kebenaran.

"Hati yang hidup begini mempunyai nur, tenaga dan kekuatan. Ia sentiasa tunduk dan patuh kepada Allah dengan khusyuk."

Justeru, wahai saudaraku yang dirahmati Allah, untuk memperoleh nur dan hidayah Allah itu satu mekanismenya ialah melalui pembacaan al-Quran.

Jinakkanlah hati dan jiwa anak-anak kita dengan al-Quran. Jadikan mereka 'bermesra' dengan lebih erat dan 'jatuh cinta' kepada al-Quran.

Bukan setakat mengajar anak-anak membaca al-Quran, sekiranya berkesempatan (Insya-Allah ada kesempatan) cubalah membaca tafsir ayat al-Quran yang dibacakan itu.

Ini akan menambahkan keyakinan dan menjernihkan jiwa anak-anak. Lebih baik lagi ajarlah anak-anak remaja kita supaya dapat menghafal ayat-ayat al-Quran secara berperingkat.

Inipun satu kaedah bagaimana kita dapat membina kekuatan rohani anak-anak kita.

Perhati dan hayatilah peringatan Rasulullah mengenai al-Quran semoga kita sebagai ibu bapa terus tekun mendidik anak-anak dalam pembacaan al-Quran.

Kata Nabi: "Sungguh, orang yang dalam hatinya tidak terdapat sesuatu pun daripada al-Quran adalah ibarat rumah yang sepi (menyeramkan )." (Hadis riwayat at-Tirmidzi ) Sanggupkah kita melihat anak-anak kering gersang jiwanya daripada sinaran al-Quran? Tentu kita tidak tergamak dan jika itulah jawapannya, maka bersegeralah kita mentransformsikan jiwa anak-anak remaja kita kepada alur kehidupan yang sentiasa membaca dan menjadikan kitab al-Quran itu sebagai naskhah wajib yang mesti dibaca setiap hari.

Dipetik riwayat daripada Anas r.a. yang mengatakan bahawa Rasulullah ada bersabda: "Sesungguhnya Allah mempunyai keluarga yang terdiri daripada manusia."

Kemudiannya Rasulullah ditanya sahabat: "Siapakah mereka itu wahai Rasulullah?"

Kata Nabi: "Iaitu ahli al-Quran (orang yang membaca atau menghafal al-Quran dan mengamalkan isinya)."

Mereka adalah keluarga Allah dan orang yang istimewa bagi Allah. Oleh itu, kita sebagai ibu bapa hendaknya jadikanlah diri kita dan anak-anak sebagai keluarga Allah sebagaimana yang dimaksudkan Nabi dengan memperbanyakkan aktiviti pembacaan al-Quran.

Anak-anak yang terbiasa dengan pembacaan al-Quran sudah tentu mampu meneruskan kehidupan dalam keadaan yang tenteram dan berdaya dinamik.

Mereka akan mengetahui apa yang disuruh dan dilarang Allah, sekali gus membentuk perwatakan sahsiah peribadi yang mulia.

Justeru, gelombang zaman kemodenan akan berjaya mereka susuri dengan akal yang bijaksana dan sentiasa mengingati Allah dalam setiap perbuatan.

Anak-anak kita yang sentiasa mencintai al-Quran dan selalu berdamping dengannya akan mewarisi perwatakan yang berwajaran dengan kehendak agama dan sentiasa dapat mengawal diri apabila meningkat dewasa kelak.

Pesan Nabi: "Barang siapa membaca satu huruf daripada kitab Allah akan dituliskan baginya kebaikan. Satu kebaikan melahirkan sepuluh kebaikan. Aku tidak mengatakan alif lam mim satu huruf, tetapi alif satu huruf, lam satu huruf dan mim satu huruf." ( Hadis riwayat at-Tirmidzi )

Bayangkan jika kita berjaya membentuk anak-anak yang mencintai al-Quran dan mengamalkan segala ajarannya, sudah tentu anak-anak kita sentiasa berada di bawah naungan dan perlindungan Allah.

Kita sebagai ibu bapa juga turut sama mendapat pahala di atas amal baik anak-anak kita itu.

Marilah kita ingatkan diri kita sendiri sebagai ibu bapa yang bertanggungjawab mendidik anak-anak kepada satu pesanan Saidina Ali bin Abi Talib: "Orang yang membaca al-Quran dan ia sedang mendirikan solat, maka setiap huruf baginya ada seratus kebaikan.

"Orang yang membacanya dan ia sedang duduk dalam solat, maka setiap huruf baginya ada lima puluh kebaikan.

"Orang yang membacanya di luar solat dalam keadaan suci, maka setiap huruf baginya ada dua puluh lima kebaikan. "Orang yang membacanya di luar solat dalam keadaan tidak suci, maka setiap huruf baginya ada sepuluh kebaikan."

Ini wasiat emas yang sewajarnya membangkitkan diri kita sendiri untuk selalu mengamalkan pembacaan al-Quran, apatah lagi berusaha membina jiwa anak-anak agar mereka tidak lupa dan berenggang dengan al-Quran.

Akhirulkalam wahai saudaraku yang dirahmati Allah, ayuh bersama kita hayati pesanan Nabi ini: "Mereka yang membaca al-Quran dan ia mahir dalam bacaannya adalah bersama malaikat kiramin bararah dan mereka yang membaca al-Quran dan ia gagap dalam bacaannya dan penuh kesusahan baginya dua ganjaran pahala." ( Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Thursday, April 7, 2011

:: Duhai Sahabat Duhai Teman ::

Buat sahabat2 ku..ak rindu kslisn...
ein...dh dekat..bila nak jumpa.
nurul...kmi rindukan melaka
intan..aku x dapat nak trun tganu...huhuu..dtgla cni:-)

:: aku rindu kalian::

:::: Dulu ~ dulu ::::

::Suatu Ketika ::

Wednesday, April 6, 2011

:: Mutiara qALBU::

Yang Maha Esa, Sesungguhnya tidak disediakan jalan yang mudah untuk menuju cinta Mu..menitis air mata tatkala merindu…menitis air mata tatkala merasakan semakin menjauh…tetapi janji Allah tetap segar dan mekar tanpa pengkhianatan..kerana ku tetap yakini..Allah menyatakan “Wajiblah cintaKu kepada orang-orang yang berkasih sayang kepadaKu”

(Asy-Syahid Hassan al-Banna)
Tiada rasa ketuhanan jika tiada ujian…tiada rasa kehambaan jika tiada kepasrahan..tiada rasa pergantungan jika tiada kepayahan..
Tunjangkanlah resahmu di dada solat..himpunkanlah peritmu di genggaman doa..tutupi kekecewaanmu dengan ketakwaan…dan nilaikanlah kesucian hatimu dengan keikhlasan hati..
Jika Syurga menjadi idaman, jalannya seluas mata memandang..jika keampunan yang didamba, gerbangnya setia menanti…Usah gusar dugaan di hadapan..andai hati nekad mengejar cinta Ilahi..

Pandanglah langit dengan binaannya yang kukuh…bintang dengan kelip-kelipnya..matahari dengan sinarnya..tata suria dengan susunannya..bulan dengan cahayanya..angkasa dengan pelanginya..setiap ciptaan Allah mempunyai keindahan tersendiri..biarlah hari-hari berbuat sesuka hatinya..terimalah segala ketentuan yang muktamad dengan berlapang dada..semoga rasa kesyukuran menjadi penghias setiap hamba Nya..
Pesan pada diri..tabahkan hati kuatkan semangat..pesan pada hati kukuhkan iman, banyakkan zikrullah…pesan pada naluri, jangan mengeluh, jangan kecewa..teruskan perjuangan hingga ke akhirnya..

Di mana sahaja ‘dia’ berada…pasti Islam kan agung semula..bila sahaja ‘dia’ berbicara pasti syaitan akan membencinya…bagaimana sahaja ‘dia’ memimpin alam maya, tersenyumlah malaikat dengan bangga…untuk apa sahaja tujuan ‘dia’ melangkahkan kakinya…nurnya takkan pernah malap..gemilang sinaran menerangi insan di sekelilingnya..berkejalah untuk Islam…bersabarlah demi Islam…menangislah untuk Islam..bergembiralah atas kejayaan Islam..semoga kita adalah ‘dia’ yang menjadi kebanggaan agama..amin
Berjalanlah dengan penuh harapan walau hidup ini tak selalu bahagia, sedekahkanlah satu senyuman walau dihatimu tak lagi mampu bertahan, belajarlah memaafkan walau dirimu terluka, berhentilah memberi alasan walau ingin menyatakan kebenaran, hiduplah dalam Iman walau hari dipenuhi dugaan dan berpeganglah kepada Allah walau Dia tak kelihatan…Bukti kasihNya,kita wujud didunia pinjaman ini. Ada sebab bila berlaku sesuatu perkara dan yakinlah Tuhan menguji setiap hambaNya yang mengakui keimanan kepadaNya. Jangan terlalu banyak berkhayal untuk jadi yang terbaik kerana hidup tak semudah itu, perihal kehidupan sebagai cermin dalam menilai sebuah pengabdian yang hakiki lagi abadi…Moga lelahmu dihargai Ilahi walau dicemuh insani

Dalam kita melangkah… Terkadang diuji dengan ujian yang terasa berat, Hingga kita terduduk dan menangis, Peritnya terasa tetapi ketahuilah, Dan renungilah dalam diri kerana… Mungkin air mata tika itu hadir kerana… Dia mahu menjahit sejadah IMAN yang kian terkoyak Lantaran ada langkah-langkah yang tersasar, Semoga tabah dan tetapkan iman… Biarlah kita keseorangan, Tanpa berteman, Biarlah malam, Tanpa sinar rembulan, Biarlah tidur, Tanpa dihiasi mimpi indah, Tapi, Jangan biarkan hatimu sunyi, Tanpa sepotong ayat, Ayat suci AL-QURAN


Kalau tidak kerana pemuda yang tetap hatinya dan binatang yang melata, orang tua yang berlutut dan anak-anak yang menyusu, nescaya tidak diturunkan atas kamu hujan itu mencurah-curah. Kamu tidak akan ditolong kecuali disebabkan oleh orang lemah yang terdapat di kalangan kamu. (Hadis riwayat Bukhari)

Kesabaran adalah suatu keperluan dalam usaha menegakkan keimanan, melaksanakan amal soleh, memperjuangkan kebenaran dan keadilan. Semuanya bukanlah suatu perkara yang mudah. Oleh itu, ia sangat memerlukan kesabaran. Kesabaran dalam menghadapi hawa nafsu, musuh-musuh luar dan kesusahan lain. Begitu juga kesabaran amat perlu dalam menempuh jalan perjuangan yang amat panjang dan semestinya mengikuti tahap-tahap yang teratur untuk menuju matlamat…


Termaktub dalam sepucuk surat khalifah Umar kepada Abu Musa Al Asyaari: “Milikilah sifat sabar. Sifat sabar itu ada dua. Sabar yang pertama lebih afdhal dari sabar yang kedua iaitu sabar dalam meninggalkan larangan Allah SWT dan sabar dalam menghadapi musibah. Ketahuilah bahawa sabar itu sangkutan iman (orang yang bersabar akan mendapat iman) kerana kebajikan yang paling utama adalah taqwa dan taqwa hanya dapat dicapai dengan sabar.” (SAIDINA ABU BAKAR R.A)
Berkata Saidina Ali K.W. : “Kelemahan adalah penyakit, kesabaran adalah keberanian, zuhud adalah kekayaan, wara’ adalah perisai dan sebaik-baik teman ialah yang mempunyai sifat redha”
Sabda Rasulullah “Aku menjamin dgn sebuah istana yg terdapat di tepi syurga bagi orang yg meninggalkan perdebatan meskipun ia benar, aku menjamin dgn sebuah istana yg terdapat di tgh syurga bagi org yg meninggalkan dusta meskipun ia bergurau, dan aku menjamin dgn sebuah istana yg tertinggi bg org yg membaguskan akhlaknya” [HR Abu Dawud, disahihkan albani]


hati manusia adalah terlalu unik, berbolak-balik, liar dan maknawi sifatnya. tidak ada sebarang alat atau kaedah yang mampu menguasai hati. hati itu milik Tuhan bukan milik tuan. dan hanya Allah sahaja yang mampu mengusai hati manusia.. belajarlah ikhlas dalam setiap amalan yang dikerjakan kerana ia merupakan satu usaha untuk merawat penyakit hati..

Tuesday, April 5, 2011

Islam the cin chan

 

Album : Baiknya Tuhan
Munsyid : LAMPION CHINESE MOSLEM NASHEED
http://liriknasyid.com


Islam the chin chan

Syair : Abuya Ashaari Muhammad At-Tamimi
Artis : Lampion
Album : Baiknya Tuhan

**
Islam the chin chan
Siang who to the meili
Fa yu sen yen sen fen fen
Fa ye sen yen sen fen fen
Ko chan cei pen ti san
Ko chan cei pen ti san

***
Islam yang telah berkembang
Laksana bunga yang indah
Yang berkembang mekar harum mewangi
Tumbuhnya memenuhi bumi 2x

Tumbuhnya memenuhi bumi
Lembah dan tanah yang tinggi
Kesuburan itu telah di bajai
Oleh pengorbanan ummat 2x

Back to **

Kembangnya itu telah disirami
Oleh air peluh para mujahid
Taman nya itu telah dipagari
Oleh para mujadid dan mujtahid
Panduan kita diambil dari
Alquran sunnah Rasulullah

Back to **

Berkumandanglah kalimat toyibah
Dari pembela agama kebenaran
Keindahan islam telah terpancar
Oleh harta sikaya yang pemurah
Ibarat air mengalir deras
Dermanya bagai mencurah curah

Aku Cuba Mencitaimu Tuhan

Aku Cuba Mencitaimu Tuhan

Album :
Munsyid : Diwani
http://liriknasyid.com


aku cuba mencintaiMu tuhan
hati tidak juga terasa
aku cuba berkali-kali pun
tidak terasa apa apa juga
aku fikir-fikir nikmatMu... Lihat seterusnya..
aku kenang-kenangkan rahmatMu
agar nampak kemurahanMu

atas nama ilmu aku akur….
Namun aku belum jatuh hati juga denganMu
aku susah hati, aku sedih selalu
mengapa terjadi begini
mengapa cintaku padaMu belum berbunga lagi
sedangkan aku tahuaku akui
nikmatMu terlalu banyak padaku
jika hendak dihitung,tidak mungkin terhitung

Aku iri hati selalu
cerita dan berita orang soleh zaman dahulu
hebatnya cinta mereka kepadaMu
hilang selera makan keranaMu
asyik memuja dan memujiMu
mensucikan dan membesarkanMu
terutama di waktu malam yang sepi
di waktu orang mimpi
mereka memujaMU merintih padaMu
mengharap kasih sayangMu
air mata mereka membasahi pipi
adakalanya menitis kebumi

mereka merasa Engkau adalah segala-galanya
Engkau adalah hidup mati mereka
Engkau adalah dibibr mereka
Engkau adalah hati jantung mereka
tapi aku tidak begitu
aduh! keras hatiku,keras hatiku
hingga kini aku belum boleh mencintai kekasih agungku
baru aku sedar cinta padaMU adalah anugerah dan hidayahMu
bertuahlah dan berbahagialah
orang yang Engkau anugerahkan kecintaan padaMu
aku bila lagikah Tuhan?
dapat sedikit pun jadilah

aku tidak akan putus asa
akan ku cuba lagi selagi ada nyawa dibadan
dihujung hidupku kalau dapat pun sudah cukuplah
wahai tuhan ALHANNAN WAL MANNAN......

Saturday, April 2, 2011

:: Sujud Terakhirku ::

Dalam sujud terakhirku, Ya ALLAH...
kuteriakkan Asma-Mu sekeras-kerasnya
agar runtuh dinding kesombongan dalam hatiku

Dalam sujud terakhirku, Ya Rabbi...
ku menangis sejadi-jadinya
biar kering mata ini
namun basah ladang hati yang gersang

Dalam sujud yang terakhirku, Ya Rahman...
ku lihat semua dosa yang membayangiku
kelam mencengkam jiwa yang lusuh

Dalam sujud terakhirku, Ya Rahim...
biarkan aku patah dalam cahaya-Mu
biarkan kemusnahan titik kemunafikanku
agar ku kembali dalam pelukan hidayah-Mu

Dalam sujud terakhirku
biarkan aku hirup nafasku sekali lagi
hanya unntuk menyebut namaMu dan kekasihMu tercinta

Friday, April 1, 2011

:: AmaZinG rACe ::