BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, June 24, 2011

::Untaian Buat Sahabat::

Saya mengejar masa, tetapi hati sebegitu kuat mahu meletakkan sesuatu di sini. Masa berlalu pantas, saya akan kehilangan fizikal sahabat-sahabat,sayang-sayang, dear-dear saya. tetapi saya yakin, hati kita tetap menyatu dan bertaut erat dalam setiap kali untaian doa Rabithah..

Dalam hidup ini, persahabatan, persaudaraan dan ukhuwah adalah nikmat yang sangat mahal. Jiwa boleh sakit, darah, air mata dan peluh boleh mengucur mengalir.

Semuanya tidak mampu memupus nikmat persahabatan, persaudaraan, dan ukhuwah di jalan-Nya. Ia anugerah dan hadiah dr Allah yang besar dan hanya dirasakan oleh kaum beriman yang saling memelihara persaudaraan karena Allah . Lillah… semata mata.

Persahabatan kerana Allah swt amat berbeza dengan jenis persahabatan yang selainnya. Persahabatan kerana Allah dan atas landasan tauhidNya membawa diri kita untuk lebih mendekati Allah swt.

Semakin rapat dan erat persahabatan kita, maka makin dekat dan rapat hubungan kita dengan Allah swt.

Persahabatan atas kalimah Allah itu akan sedikit demi sedikit membawa kita membentuk diri kepada yang lebih baik, akan membawa kita lebih seronok untuk mendekati dan menjalin hubungan dengan Allah swt

Ukhuwah kerana Allah akan membuahkan ketenangan ( Mawaddah dan sakinah) di dalam setiap hati-hati yang berpaut atas dahan ukhuwahNYa. Kasih sayang yang lahir dari perhubungan kerana Allah pasti akan menambahkan rasa sayang dan cinta kita kepada Allah, pasti akan membuahkan rasa kemanisan dalam beribadah dan menambahkan rasa bahagia menjadi HambaNYa..

Kasih sayang kerana Allah pasti akan membawa kita sama-sama menuju syurga dan redhaNya

Atas dasar ukhuwah fillah, kita akan sentiasa berada dalam zon kawalan dan zon soleh,sentiasa punya sahabiah yang menegur kesalahan (walaupun hakikatnya sakit), sentiasa punya teman yang mengajak kepada kebaikan, punya sahabat yang sentiasa memberi peringatan dan dorongan dr firman Allah swt, punya mereka yang sentiasa mengajak berfikir akan kebesaran Allah, punya kamu-kamu yang menggesa untuk melawan si 'syaitan gemuk' yang mula menakluk dan menghasut iman...punya... punya... punya kemanisan yang sukar di cari ganti..

... Dan ukhuwah fillah mengajak kita bersama-sama memikirkan persoalan2 berat, persoalan-persoalan ummah dan persoalan-persoalan menegakkan kalimah..

Saat diri lemah, maka bersama kita membentuk jemaah..merapatkan saff..menguatkan kekuatan dalaman..

Mereka orang biasa-biasa, tetapi punya jiwa dan hati yang luar biasa al hasil dari ikatan yang kuat dengan Pencipta..



Kita mungkin berbeza dari paras rupa,harta benda.. tetapi ukhuwah fillah ini membawa kita kepada matlamat yang sama - Allah swt..



Ada, sama di rasa



Tiada, sama di usaha..



... Hakikatnya, perhubungan ini amat indah.. hanya hati yang merasai mampu untuk mengungkapnya.. Hanya hati yang terikat mampu merasakan keterikatannya... hanya hati mampu meluahkan rasa hati.. :) ..



Terkadang kita mampu merasai kegusaran, kegembiraan, kegundahan dan kebahagiaan BFF kita walaupun bibir tidak bersuara malah wajah tidak bersua, kerana kita punya Allah yang menggabungkan hati kita menjadi satu..



Kerana seseungguhnya ruh/jiwa adalah merupakan jundun mujannadah, tanpa bersua, tanpa meluah, tanpa membongkar tetapi hati sudah dapat merasakan..
...........................................


Nabi bersabda: "Jika seseorang kasih kpd seseorang; maka hendaklah dia memberitahu temannya."(Hr Abu Daud)

0 comments: